Pages

Kepada kalian kukirimkan salam terindah, salam sejahtera para penghuni syurga. Salam yang harumnya melebihi kasturi, sejuknya melebihi embun pagi. Salam hangat sehangat sinar mentari waktu Dhuha. Salam sesuci air telaga Kautsar yang jika diteguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya. Salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa:~SaLam UkuwwAh fiLLah:

Tuesday, October 26, 2010

BUAT PAPA N MAMA

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka...
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku...
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
Kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau
Hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
Maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
Dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu 
Ya Allah,
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda...
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku
Tetapi jika sebaliknya
Maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka
Sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
Di tempatkediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
Ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung
Serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya
Atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya
Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan di dunia ini
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

SHARING IS LOVING-DR FADZILAH KAMSAH


Tatacara Tidur :
* Dr Fadzilah Kamsah juga pesan kepada sang suami-suami: sebelum tidor tiap malam, maafkanlah isteri (isteri-isteri) anda, kerana jika anda mati, maka isteri anda akan berada dalam keadaan telah dimaafi suami, dan dengan itu maka mudahlah baginya memasuki syurga. (Isteri tidak dapat memasuki syurga jika suaminya tidak memaafkannya)
* Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
* Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

Tatacara Makan :
* Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan, vit C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
* Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
* Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja masa maghrib), sbb, bagi yg tgh study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)
Tatacara di bilik air :
* Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak drpd dapat batu karang
* Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar 
Tatacara didik anak :
* Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yg dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja

Tatacara didik diri sendiri :
* Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg-ve ~ emosi2 ni akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc.
Ada 3 kategori manusia : 
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understandhis words better that those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Friday, October 22, 2010

WARKAH UNTUK SUAMI TERCINTA...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat pengunjung-pengunjung blogku ini. Selawat dan salam kita ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, syukur kepadanya di hari yang mulia ini semoga kita semua di rahmati oleh-Nya, Amin Ya Rabb.. Sudah sekian lama blog ku ini menyepi .Tiba-tiba terdetik di hati ini hendak post kan artikel yang bertajuk "Warkah Untuk Suamiku" pada malam ini.Entah mengapa.. Ini mungkin hanya kebetulan sahaja kerana akhwat2 yang di alam maya mahupun di realiti kini sudah ramai membina mahligai yang indah dengan penuh kasih sayang di pandang sejuk mata memandang, hehe. Alhamdulillah..Begitu juga diriku yang baru saja menjengah masuk ke alam baru ini..Baru mengecap sedikit kemanisan cinta dan berkongsi hidup bersama insan tercinta MOHD HAMDAN NORDIN..my b…   

Buat suamiku..


*Suamiku ketahuilah, pada dunia kau cuma sekadar seorang manusia biasa tp pada aku, kaulah duniaku, juga akhiratku.

*Suamiku, aku mungkin tidak secantik perempuan di luar sana, tidak sehebat gadis di sekelilingmu..tp ketahuilah..untuk mu aku cuba menjadi yang terbaik, yang sempurna di matamu.. dan janganlah kau sia-siakan aku.

*Suamiku, aku tahu kau berhak mempunyai isteri selain daripadaku, namun ketahuilah bahawa aku tidak kuat dan aku tidak sanggup berkongsi kasihmu dengan wanita yang lain..walau apa jua alasanmu..fahamilah…hanya engkau milikku..

*Suamiku, masakanku mungkin tidak sesedap masakan chef2 terkemuka, atau seistimewa hidangan di restoran kegemaranmu, namun ketahuilah..hatiku senang melihat kau menjamu selera meratah setiap air tanganku.

*Suamiku, aku mungkin pernah melukakan hatimu, tapi ketahuilah bahawa aku amat menyintaimu..janganlah kau terus biarkan aku mengulangi setiap kesalahan itu, janganlah pula kau gunakan ia untuk membinasakan ku di suatu hari nanti..tegurlah setiap kesalahan dengan berhemah.akan ku perbaiki kelemahanku dan atasi kekuranganku itu..

*Suamiku, aku senang jika kau gembira dan aku sedih bila kau berduka.. namun, aku lagi senang jika kau tegar berkongsi segala suka dan dukamu denganku..usah berselindung dariku, usah berahsia denganku..kita hidup bersama dan biarlah suka duka itu kita harungi bersama.

*Suamiku, aku suka melihat kau tersenyum dan ketawa.. aku pun tahu kau juga senang melihat air wajahku yg selalu bermanis di hadapanmu..namun, fahamilah..aku hanya seorang perempuan biasa yang punyai 9 nafsu dan 1 akal..kadang2 aku leka, aku khilaf, maka..janganlah kerana kekhilafanku itu, kau mengumpul benci di hatimu, menyimpan dendam di lubuk jiwamu… dan menghukumku dengan hukuman yang tidak mampu aku pikul…aku mohon agar kau boleh memaafkanku..

*Suamiku, aku isteri yang diciptakan dari tulang rusukmu yang dekat dengan hati dan lenganmu, untuk dilindungi dan dikasihi..bukan tercipta dari bahagian kepalamu untuk di sanjung dan bukan pula dari kakimu untuk kau pijak.. kasihilah aku seadanya..

*Suamiku, aku tidak meminta istana sebagai rumah kita, intan berlian sebagai perhiasan atau wang berjuta sebagai cagaran..aku Cuma meminta sedikit belas, sedikit perhatian, sedikit rasa kasih dan sedikit rasa cinta darimu… cukuplah sebuah tempat yang istimewa di hatimu untuk aku menumpang teduh dan bermanja.

*Suamiku, aku senang cara kau menyintaiku.. aku terhibur dengan caramu mengambil hatiku, aku menghargai setiap pemberianmu..namun jika ada masanya aku seolah2 tidak berterima kasih, ketahuilah bahawa itu bukan niatku…aku Cuma sekadar merajuk..sekadar meminta sedikit perhatian darimu..

*Suamiku…walau ke mana jua aku pergi, aku tidak pernah melupakanmu..dan aku harap kau juga begitu…jangan mudah alpa dengan keindahan di luar sana yang datang meggoda..jangan pernah lupakan aku di tanjong malim ini yang sentiasa menantimu…hehehhe

*Suamiku, engkaulah syurga bagiku,akan ku raih redhamu untuk mengecap nikmat syurga Allah..dan engkau jugalah yang pernah aku sayang dengan sepenuh jiwaku dan sanggup aku korbankan segala kebahagiaanku untukmu..fahamilah..tidak semua yang indah itu baik utk kita dan tidak semua yg busuk itu buruk utk kita..kita hanya hamba Allah..dan hanya mampu merancang…ku harap jodoh antara kita akan berkekalan hingga ke akhirnya..moga2,dirimu lah suami yang pertama dan terakhir buat diriku ini…AKAN KURAIH CINTA DAN REDHAMU HINGGA KE SYURGA ALLAH..amin…

Terima kasih syg ats segala-galanya.

DR ISTERIMU*As*
 
Copyright 2009 **KH@ZIN@TUL ASR@R**. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
Download Royalty free images without registering at Pixmac.com