Sunday, January 17, 2010
~PERGINYA AS-SYAHID MENGADAP SANG PENCIPTA~
Bismillahirrahmanirrahim dan alhamdulillh ku panjatkan ke hadrat Ilahi dengan nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kpd hambaMu yang serba daif ini…Alhamdulillah sekali lagi kerana diriku masih diberi peluang oleh ALLAH untuk mencoret sebuah tinta buat sahabat-sahabiah sekalian…Hari ini genaplah seminggu pemergian sahabat perjuangan Islam yang telah syahid di Jalan Allah dan bertemu Sang Pencipta..Secara jujurnya, kami “sekeluarga” memang amat terasa akan kehilangan kalian berdua..tapi,ALLAH lebih menyayangi kalian lagi…Kami pasrah dengan ketentuan dari Ilahi..
Pada 25 Muharram 1431 H (11.01.2010), seawall jam 5 .15pg,diriku menerima satu sms dan dikejutkan dengan berita pemergian 2 orang pejuang dakwah Islamiyah yang terkenal dalam kalangan pelajar UPSI iaitu Allayarham Fadhiri dan Allayarham Faizol. Diriku terkedu setelah mendapat khabar pemergian kalian berdua..Masya-ALLAH…Terlintas dikepalaku wajah kalian berdua yang sentiasa tenang sewaktu kami “sekeluarga” sama-sama turun pergi ke program. Kedua-dua arwah merupakan pelajar UPSI yang menetap di Kolej Ungku Omar (KUO). Arwah Fadhiri merupakan pelajar jurusan Pendidikan Matematik dan sedang berpraktikal di sebuah sekolah di sekitar Tanjung Malim. Arwah Faizol pula merupakan pelajar jurusan Pendidikan Khas semester 7. Arwah Fadhiri berasal daripada Tanah Merah, Kelantan dan arwah Faizol berasal daripada Pasir Mas, Kelantan…Pada pukul 3 ptg, setelah solat jenazah selesai di Surau Al Falah, kami telah mengiringi arwah pulang ke Kelantan dengan menaiki bas UPSI..
ALLAHYARHAM AHMAD FADHIRI B ARIFFIN
ALLAHYARHAM MOHD FAIZOL B ABD SYUKOR
Al-Fatihah kami sedekahkan buat kalian berdua..
Perginya Pejuang Islam yang Rindukan Syahid disisi Allah..
KRONOLOGI KEMALANGAN
4.30 pagi – Arwah Faizol bersama 5 orang rakan ke KTM Tanjong Malim untuk menjemput rakan-rakan yang lain. Namun, arwah Faizol tiba agak lewat berbanding rakan-rakan yang lain dengan menaiki motosikal Kriss milik rakan sebilik di KUO.
5.00 pagi – Kemalangan melibatkan motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa. Motosikal mangsa bertembung dengan lori kiriman barangan ekspress yang datang dari arah Rawang untuk ke Pulau Pinang.
5.15 pagi – Ambulans dari Klinik Kesihatan Tanjong Malim tiba. Arwah Faizol disahkan meninggal dunia ditempat kejadian manakala arwah Fadhiri dibawa menaiki ambulans untuk ke klinik kesihatan Tanjong Malim.
5.20 pagi – Polis tiba untuk mengawal lalu lintas. Orang ramai telah mulai mengerumuni tempat kejadian.
5.45 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Ahli keluarga kedua-dua mangsa dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku. Arwah masih dalam keadaan sedar dan hanya mampu menyebut, “Allah…Allah…Allah…”
6.15 pagi – Pegawai Penyiasat Polis Trafik IPD Slim River tiba di tempat kejadian untuk membuat siasatan.
6.30 pagi – Mayat arwah Faizol di bawa menaiki Land Rover PDRM ke Hospital Slim River untuk dibuat bedah siasat.
7.00 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan arwah Fadhiri perlu dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah segera kerana mengalami kecederaan dalaman yang serius.
7.15 pagi – Pegawai HEP dan Felo Kolej Ungku Omar (KUO) tiba di Hospital Slim River.
7.30 pagi – Arwah Fadhiri dibawa ke Hospital Teluk Intan.
9.00 pagi – Arwah Fadhiri sudah tidak sedarkan diri. Arwah sudah mula berhenti bernafas dan otaknya sudah tidak berfungsi dan hanya jantung sahaja yang masih berfungsi. Pegawai Perubatan hospital berusaha keras untuk menyelamatkannya.
10.30 pagi – Pegawai Perubatan memaklumkan kepada rakan-rakan yang hadir bahawa arwah sudah meninggal dunia. Di Hospital Slim, arwah Faizol menerima kunjungan dari segenap lapisan masyarakat. Ahli keluarga arwah Faizol tiba untuk pengesahan mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan arwah Faizol dilakukan.
11.00 pagi – Abang sulung arwah Fadhiri, saudara Khairul yang datang dari Kuala Lipis tiba di Hospital Teluk Intan dan dimaklumkan mengenai kematian arwah. Keluarganya yang lain masih berada di Grik.
1.30 petang – Ayah dan ibu arwah Fadhiri tiba di bilik mayat. Persediaan untuk memandi dan mengkafankan jenazah dilakukan. Di Surau Al-Falah, arwah Faizol tiba untuk disolatkan.
Arwah Fadhiri di Hospital Teluk Intan
2.30 petang – Arwah Faizol di bawa menaiki van jenazah Hospital Slim untuk dibawa ke Pasir Mas, Kelantan.
3.30 petang – Arwah Fadhiri disolatkan di surau Hospital Teluk Intan.
4.00 petang – Arwah Fadhiri dibawa menaiki van jenazah UPSI untuk dibawa ke Tanah Merah, Kelantan.
8.30 malam – Jenazah arwah Faizol tiba di kediamannya.
10.30 malam – Jenazah Fadhiri tiba di kediamannya manakala Jenazah Faizol telah selamat dikebumikan. Keluarga arwah Fadhiri masih menunggu seorang lagi abangnya yang dalam perjalanan dari Sarawak.
1.00 pagi – Arwah Fadhiri disolatkan. Hadirin yang datang untuk bersolat melimpahi hingga ke luar rumah.
1.30 pagi – Jenazah Fadhiri selamat dikebumikan.
Al-Fatihah…
Sumber daripada http//:upsikini.blogspot.com
1 comments:
Al-Fatihah buat abg Fadhiri dan Abg Faizol~
muga roh mereka berdua ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman~
Post a Comment